tag:blogger.com,1999:blog-28002099119099579732023-06-20T06:22:31.552-07:00BUKU-BUKU (TUN) SUZANA (TUN) HJ OTHMANSales - Producthttp://www.blogger.com/profile/00221000720738527111noreply@blogger.comBlogger1125tag:blogger.com,1999:blog-2800209911909957973.post-23529058661812032052010-06-15T07:45:00.000-07:002010-06-15T07:46:01.687-07:00Buku Buku...BUKU-BUKU (TUN) SUZANA (TUN) HJ OTHMAN

Biodata Penulis

Tun) Suzana (Tun) Hj Othman lahir di Singapura pada 28hb November 1965M. Anak ke-tiga kepada Al-Marhum Ayahnda (Tun) Hj. Othman, atau Hj M.Osman dan Bonda Hjh Moliana Afida atau Afida Es. Ayahndanya adalah cicit kepada Raja Bendahara Seri Maharaja Tun Abdul Rahman (Tun Aman) ibni Raja Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir Tun Ali, pemerintah negeri Pahang bagi tahun 1847-1863M. Pernah bersekolah di Bukit Bintang Girls School dan Sek. Men. Sains Selangor. Melanjutkan pelajaran di Australian National University, Canberra, Australia dan mendapat ijazah dalam bidang Ekonomi. Telah mengunjungi berbagai negara di dunia seperti Australia, United Kingdom, Arab Saudi, South Africa, Yemen (Hadhramaut), UAE dan negara-negara Asean bersama keluarganya.

Beliau dan suaminya Hj Muzaffar Dato’ Hj Mohamad merupakan ahli Persatuan Sejarah Malaysia, cawangan negeri Johor. Pasangan suami isteri ini mengambil inisiatif sendiri untuk mengkaji secara mendalam salasilah Raja-Raja Melayu, khususnya yang berkaitan dengan zuriat Nabi Muhammad SAW. Mereka juga banyak membuat kajian mengenai sejarah kesultanan negeri Melaka, Johor dan Pahang, khususnya yang berkaitan dengan pemerintahan raja-raja dan keluarga bendaharanya. Hasil pengkajian mereka telah dibukukan, selain ditulis dalam monograf sejarah serta kertas kerja. Antara karangan (Tun) Suzana dan suaminya yang telah diterbitkan ialah :

1. Ahlul-Bait Rasulullah SAW dan Kesultanan Melayu, 2006
Penerbitan dan Pengedaran Crescent News (K.L.) Sdn Bhd

2. Mencari Sejarah; Tun Mutahir Tun Ali, Bendahara
Seri Maharaja Pahang (1857-1863M), 2001
Penerbitan Pustaka BSM Enterprise. Pengedaran Crescent News
(K.L.) Sdn Bhd

3. Institusi Bendahara; Permata Melayu yang Hilang, 2002
Penerbitan Pustaka BSM Enterprise. Pengedaran Crescent News
(K.L.) Sdn Bhd

4. Melayu Islam Beraja : Menggali Hakikat Leluhur, 2007
Penerbitan Pustaka BSM Enterprise. Pengedaran Crescent News
(K.L.) Sdn Bhd

5. 110 Soal Jawab Melayu Islam Beraja, 2003
Penerbitan Pustaka BSM Enterprise. Pengedaran Crescent News
(K.L.) Sdn Bhd

6. Ahlul-Bait Rasulullah SAW, Dinasti Melayu dan
Akhir Zaman, 2002
Penerbitan Pustaka BSM Enterprise. Pengedaran Crescent News
(K.L.) Sdn Bhd

7. Siri Kiamat Hampir Menjelang (4 jilid), 2005
Penerbitan Pustaka BSM Enterprise. Pengedaran Crescent News
(K.L.) Sdn Bhd

8. Sesungguhnya Tuhan Kamu Tidak Bermata Satu
(Mencari Landasan Hakikat di Akhir Zaman), 2007
Penerbitan dan Pengedaran Crescent News (K.L.) Sdn Bhd

9. Perang Bendahara Pahang 1857-63:
(Pensejarahan Semula, Menelusi Peranan British), 2007
Penerbitan dan Pengedaran Karisma Publications Sdn Bhd

10. Tun Habib Abdul Majid, Bendahara Johor, Putera Acheh dan
Zuriyyah Rasulullah SAW, 2006
Penerbitan dan Pengedaran Persatuan Sejarah Malaysia
cawangan Negeri Johor

11. Tun Seri Lanang: Sejarah dan Warisan Tokoh Melayu
Tradisional, 2008
Penerbitan Media Satria Sdn Bhd. Pengedaran Everbest Media

12. Menjejak Warisan Melayu Islam Beraja,
Menemukan Kembali Permata Bangsa yang Hilang, 2008
Penerbitan Media Satria Sdn Bhd. Pengedaran Everbest Media

13. Ketuanan Islam dan Pertuanan raja-raja Melayu, 2008
Penerbitan Media Satria Sdn Bhd. Pengedaran Everbest Media

14. Ahlul-Bait Rasulullah & Malay Sultanates, 2009
(English translation of the book titled ’Ahlul-Bait Rasulullah SAW dan Kesultanan Melayu by Radzie Sapiee 2006)
Penerbitan dan Pengedaran Crescent News (K.L.) Sdn Bhd

Tajuk-tajuk yang bakal diterbitkan

1. Menjawab Tiga Persoalan Institusi Raja-raja Melayu
Penerbitan Media Satria Sdn Bhd. Pengedaran Everbest Media

2. Dunia di Ambang Kiamat
Penerbitan Media Satria Sdn Bhd. Pengedaran Everbest Media

3. Cita Sempurna Melayu Islam Beraja & Ahlul Bait Nabi SAW,
Menjejak Kunci Kekuatan yang Ingin Pulang
Penerbitan Media Satria Sdn Bhd. Pengedaran Everbest Media

4. Ahlul-Bait (Keluarga) Rasulullah saw & Umara-Ulama Alam Melayu (Dahulu, Kini dan Zaman Kebangkitan Ummah)
Penerbitan dan Pengedaran Crescent News (K.L.) Sdn Bhd

Buku ’Ahlul-Bait Rasulullah SAW dan Raja-Raja Melayu’ telah dilancarkan oleh YB Tan Sri Datuk Wira Hj Abdul Aziz bin Tapa sebagai wakil TYT Yang Dipertua negeri Melaka dalam Majlis Amal Diraja Bersama Ra kyat pada tahun 29hb Mei 2004. Sementara buku ’Mencari Sejarah Tun Mutahir’ telah dilancarkan di Johor Bharu pada 25hb Ogos 2001 dan diseminarkan dalam Seminar Sejarah Geneologi Malaysia di Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya pada 30hb Januari 2003.Sales - Producthttp://www.blogger.com/profile/00221000720738527111noreply@blogger.com